Thursday 15 November 2018

MAKEOVER KERUSI BY EYMA

Assalammualaikum semua....

Dah lama btul tak menulis dalam blog ni....sampai cara nak buka dan edit pun terlupa...heheheh... Klik punya klik Alhamdulillah jumpa... Ok untuk harini eyma nak buat tutorial makeover kerusi yang ada kat rumah eyma ni...kerusi ni beli yang 2ndhand je pada tahun 2015... so dah 3 tahun pakai covernya dah koyak dan lusuh...biasalah anak-anak bertuah tengah membesar dengan jayanya... kerusi ni so far memang tahan... anak-anak suka buat lompat2 mcm lompat atas tilam, selagi tak kene marah selagi tu buat...hmmmm...

tara~ ni lah kerusinya...
Kerusi ni eyma beli 2 buah memula cuba try n error buat satu dulu..buat kerusi yang paling rosak teruk dulu...gambar sebelum tak ambil pula kerusi yang first tu...dah siap yang first tu baru confident n semangat nak siapkan yang lagi satu...Memula mmg agak takut juga nak buka, entah jadi entah tidak kan...kalau tak jadi rugi je nak kne buang kerusi ni kan...sayang sebab kerusi ni dia punya design boleh merentas zaman (ikut taste masing-masing lah kan hehehe)...

excited bila dah tengok hasil yang pertama menjadi so kita teruskan yang lagi satu....
Masa yang eyma ambil untuk buat kerusi yang pertama dalam tempoh 1 hari setengah sebab kerusi yang pertama ni eyma fully jahit tangan sebab mesin jahit rosak...dan kerusi yang kedua pulak ambil masa dalam 1 hari sahaja boleh siap...Alhamdulillah mesin dah siap dibaiki masa lepas siap buka semua kain2 yang ada pada kerusi kedua... jd drp kualiti jahitan ofcourse eyma suka yang hasil daripada kerusi kedua...nampak lagi kemas n buat betul2...so mmg betullah pengalaman pertama memang mengajar kita serba serbi...

Ok ni bahan-bahan yang diperlukan:-

Jarum Bengkok
Benang Jeans 
Gunting 
Playar muncung tirus
Gam
Glue Gun dan refill
Staple Gun dan refill
Kain Lining
Tukul
Span
Fiber
Kertas pasir
Kain jeans

barang-barang ni boleh didapatkan di kedai barang jahitan, kedai diy dan kedai eco rm2...

cara-caranya boleh tengok kat video yang eyma buat ni 👇




Bagi ibu-ibu yang nak cuba projek ni adalah disarankan untuk sediakan juga vacum sebab projek ni jugak banyak main dengan habuk... habuk daripada span yang dah lusuh tu dengan kain lama yang dah koyak dia byk keluarkan habuk....sebelum mulakan projek boleh juga vacum dulu kerusi tu terutama di permukaan bawah kerusi...

lastly thanks buat en suami yang tolong jaga anak dan kakak arissa yg rajin tolong ibu abie  sepanjang projek ni berlangsung...adik-adik yang behave n tolong ambilkan air minum untuk ibu... 







No comments:

Post a Comment